
SEJARAH PPTD
divider###
PPTD Malaysia didaftarkan pada 13 Januari 1950.
Pada masa itu pendaftaran telah dibuat atas nama ‘Malaya Civil Service Association’ beralamat di Malaya Establishment Office, Kuala Lumpur. Kini usia PPTD telah pun menjangkau 70 tahun.


OBJEKTIF
- Menyemai perasaan berpersatuan dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli-ahli.
- Memupuk kesedaran ahli-ahli akan tanggungjawab berkaitan dengan jawatan yang mereka sandang.
- Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka.
- Meluaskan pengalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan ahli-ahli dalam menjalankan tugas mereka.
- Mengemblengkan tenaga ahli-ahli bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat.
- Memastikan PTD sebagai perkhidmatan terpenting dan utama Negara.
- Memupuk hubungan baik dengan pucuk pimpinan serta dengan perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam serta seasta.
TAFSIRAN
divider##
Penyatuan tenaga ahli-ahli dalam mempertahankan kedaulatan negara dalam lingkungan perkhidmatan awam.
Dengan sepotong ayat tertera pada Lambang, persatuan perkhidmatan tadbir dan diplomatik bermakna taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara memerlukan penglibatan semua peringkat pegawai PTD.
COGANKATA
divider##
Berkhidmat untuk negara dengan mengamalkan kepimpinan berteladan
Ringkasan Sejarah
1826
PENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura diambil alih pentadbirannya dari East India Company dan dijadikan Crown Colony di bawah pemerintah Kerajaan Inggeris. Para pentadbirnya terdiri daripada anggota Eastern Cadetship Service.
1865
PENUBUHAN STRAITS SETTLEMENT CIVIL SERVICE
Atas perakuan Jawatankuasa Robinson, Straits Settlements Civil Service ditubuhkan. Pegawai-pegawai diambil dari Britain dan dilantik oleh Colonial Office ke jawatan Straits Cadetship dengan gaji 200 setahun. Frank Swettenham yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam perkhidmatan awam Tanah Melayu adalah antara pegawai-pegawai muda yang dilantik ke jawatan ini dalam tahun 1871.
1874
PERJANJIAN PANGKOR
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 25 Januari. Dengan perjanjian ini, negeri Perak jatuh ke tangan pemerintah Inggeris yang menubuhkan sistem pemerintahan Residen yang dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat dengan persetujuan Colonial Secretary di London.
1875
PERLANTIKAN JAWATAN
Selangot menerima pentadbiran secara Residen dan Frank Swettenham dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Abdul Samad di Kuala Langat. Kemudian, J.G. Davidson dilantik menjadi Residen bagi Negeri Selangor berpusat di Klang dan Swettenham menjadi Penolong Residen.
1876
PENUMBUHAN SISTEM RESIDEN DI NEGERI SEMBILAN
Pegawai Inggeris ditempatkan di Sungai Ujang bagi menjalankan tugas-tugas Residen. Sistem Residen ditubuhkan apabila kerajaan Negeri Sembilan diwujudkan dalam tahun 1889.
1888
PENUBUHAN SISTEM RESIDEN DI NEGERI PAHANG
Sistem pentadbiran Residen ditubuhkan di Negeri Pahang.
1896
PENUBUHAN FEDERATED MALAY STATES
Penubuhan Federated Malay Stated (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) yang mengandungi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem pentadbiran secara persekutuan dilaksanakan dengan menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan awam negeri-negeri itu dan perkhidmatan awam negeri-negeri selat (Straits Settlements) ke dalam satu perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service.
1904
PENUBUHAN MALAYAN CIVIL SERVICE (MCS)
Malayan Civil Service (MCS) diwujudkan khas untuk pegawai British.
1909
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang selama ini dianggap oleh kerajaan Inggeris sebagai ‘Siamese Malay States’ diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Siam keapada kerajaan Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Non-Federated Malay States.
1910
PENUBUHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU
Skim Perkhidmatan pegawai-pegawai Melayu ditubuhkan. Keanggotaannya dipilih daripada mereka yang diasuh dan dilatih di kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan terutamanya bagi maksud ini dalam tahun 1905.
1921
PEMBUKAAN MALAYAN CIVIL SERVICE (MCS)
Malayan Civil Service (Perkhidmatan Tadbir Malaya) dibuka kepada pegawai-pegawai Melayu.
1938
PERKHIDMATAN TADBIR MELAYU
Perkhidmatan ini menjadi perkhidmatan tadbir melayu (Malaya Administrative Service)
1950
MALAYAN CIVIL SERVICE ASSOCIATION
Malayan Civil Service Association didaftar dengan pendaftar pertubuhan.
1956
PERKDHIDMATAN LUAR NEGERI
Perkhidmatan Luar Negeri atau External Affairs Service (EAS) ditubuhkan.
1966
PERKHIDMATAN DALAM DAN LUAR NEGERI MALAYSIA
Pemansuhan Perkhidmatan Tadbir Malaya (Malayan Civil Service) dan perkhidmatan luar negeri dan digantikan dengan perkhidmatan dalam dan luar negeri Malaysia (PLDN) atau Malaysian Home and Foreign Service.
1971
PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK
Pertukaran nama kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). atau Administrative and Diplomatic Service (ADS)
